Selamat datang ke blog rasmi Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab Kepada Penutur Bukan Arab 2016 | Welcome to the official blog for International Conference of Teaching Arabic Language and Literature To Non-Arabic Speakers 2016 | اهلا وسهلا إلى موقع الإلكتروني للندوة العالمية لتعليم اللغة العربية وآدابها للناطقين بغيرها 2016Get this Widget

Isnin, 10 Oktober 2016

Calling One & All!

INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHING ARABIC LANGUAGE AND LITERATURE TO NON-ARABIC SPEAKERS 2016 (IConTALL 2016)

29 Muharram 1438H / 30th of October 2016

Organized by :
Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Nilam Puri, Kelantan (APIUM Nilam Puri)

In collaboration with :
The National University of Malaysia (UKM) & Princess of Naradivas University, Thailand (PNU)



It is with great honour and pleasure to invite you to attend the International Conference On Teaching Arabic Language and Literature to Non-Arabic Speakers 2016 (IConTALL 2016) on the 30th of October 2016. The organizing committee of conference is also pleased to invite prospective authors to submit their original manuscripts to IConTALL 2016.

The theme of IConTALL 2016 is :
"Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab kepada Penutur Bukan Arab : Pengalaman & Cabaran"
"تعليم اللغة العربية وآدابها للناطقين بغيرها : خبرات وتحديات"
"Teaching Arabic Language and Literature to Non-Arabic Speakers : Experiences & Challenges"



The objectives of this conference are :
  1. To gather all experiences from academicians that are involved in teaching Arabic
  2. To implement a suitable and effective way in teaching of Arabic to non-Arabic speakers especially in this globalization era.
  3. To enhance students' achievement in learning Arabic especially Arabic mastering skills.
  4. To improve students' mastering skills of Arabic especially to those who are learning Arabic as a tool to advance in Islamic knowledge.

Important dates :
Submission of Abstract : July 14, 2016
Submission of Full Papers : September 1, 2016
Payment of Registration Dateline : October 3, 2016


Please visit :
Blog : http://icontall-apiumnp.blogspot.my/
Twitter : @IConTALL 2016
Facebook : http://www.facebook.com/IConTALL2016/


For any enquiries, please contact :

1. Dr. Mohd Alwee bin Yusoff
    alwie@um.edu.my
    013-9822484

2. En. Nor Hazrul bin Mohd Salleh
    hazrul@um.edu.my
    013-9218119


Selasa, 5 Julai 2016

Borang Penyertaan IConTALL 2016

Bismillah,
Alhamdulillah,
Assalamualaikum w.b.t.

Salam ukhuwwah buat pembaca budiman!

Pertamanya selamat kembali kepada para pembaca atas kesudian melayari blog ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai IConTALL ini.

Untuk makluman para pembaca (sekiranya belum maklum), tarikh seminar telah pun diubah kepada 30 Oktober 2016 manakala tarikh akhir pembayaran pendaftaran pula pada 3 Oktober 2016.

Untuk maklumat lanjut mengenai gambaran ringkas seminar ini, para pembaca boleh merujuk catatan yang lalu di sini .

Sekiranya para pembaca sudah maklum, di sini saya ingin maklumkan bahawa pendaftaran untuk penyertaan telah pun dibuka! :D

Para pembaca blog yang berminat bolehlah memuat turun borang di salah satu pautan di bawah.


*****

Assalamualaikum w.b.t. and greetings fellow readers!

First of all, we would like to welcome you to the most wonderful blog of International Seminar in Kelantan called IConTALL 2016,

For your information (for those who weren't noted), our seminar has been updated to a new date which is on the 30th of October 2016 while the due date for fee payment is on the 3rd of October 2016.

For further information regarding the seminar, you can view here .

Should the readers were already noted, it is with my pleasure to announce that registration is now open! :D

For thise who are interested you can download the forms from one of the links below.


*****

1. Versi Microsoft Word / Microsoft Word Version - sila klik sini / please click here

2. Versi PDF / PDF Version - sila klik sini / please click here



Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui emel kepada Encik Nor Hazrul bin Mohd Salleh (hazrul@um.edu.my) dan Dr. Mohd Alwee bin Yusoff (alwie@um.edu.my)

Completed forms could be sent via e-mail to Encik Nor Hazrul bin Mohd Salleh (hazrul@um.edu.my) and Dr. Mohd Alwee bin Yusoff (alwie@um.edu.my)

Mengenai pembayaran pula boleh dihantar terus kepada Bendahari Universiti Malaya di No. Akaun CIMB : 8006778322

Payment can be sent through Bendahari Universiti Malaya via CIMB Account No. : 8006778322 


*****

Sekian, wassalam.

"Bersama Menjulang Bahasa dan Sastera Arab!" :D

Isnin, 6 Jun 2016

IConTALL 2016 - Muqaddimah


[Dikemaskini pada : 10 Oktober 2016]



MUKADDIMAH

Seminar IConTALL 2016 ini merupakan rentetan daripada penganjuran seminar terdahulu (2010). Seminar antarabangsa yang terdahulu telah berjaya mencapai objektif dan matlamat yang telah digariskan, malah melangkaui jangkaan awal terutamanya dari segi penyertaan pembentang dari dalam negeri dan luar Negara. Seminar kali ini dianjurkan bersama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia dan Princess of Naradivas University (PNU), Thailand.

Seminar IConTALL 2016 yang bertemakan “Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab kepada Penutur Bukan Arab: Pengalaman & Cabaran” mempunyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri berdasarkan perkembangan yang telah berlaku dalam alam pendidikan masa kini, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab kepada penutur bukan Arab.

Kejayaan proses pengajaran & pembelajaran bahasa Arab kepada penutur bukan Arab bergantung kepada beberapa perkara yang utama seperti kurikulum, kaedah, pendekatan, persekitaran dan berbagai faktor luar. Pengalaman dan pencapaian pelbagai pihak seharusnya dikongsi dalam seminar seperti ini.
                
            Keperluan inilah yang mendorong seminar pada kali ini diadakan dengan mengambil kira perjalanan serta pengalaman institusi pendidikan terutamanya universiti yang sudah lama. Semoga penganjuran seminar ini akan memberikan tasawwur dan suntikan semangat serta inspirasi dan bekalan yang bermanfaat kepada setiap individu atau institusi yang mengambil berat tentang pengajaran & pembelajaran bahasa Arab.       


TEMA

“Pengajaran Bahasa Arab kepada Penutur Bukan Arab: Pengalaman & Cabaran”
"تعليم اللغة العربية وآدابها للناطقين بغيرها: خبرات وتحديات"
Teaching Arabic Language and Literature to Non-Arabic Speakers: Experiences & Challenges



OBJEKTIF

1.         Mengumpulkan pengalaman para ahli akademik yang terlibat secara langsung dalam bidang pengajaran bahasa Arab.
2.         Mempraktikkan kaedah dan pendekatan yang sesuai dan efektif dalam pengajaran bahasa Arab kepada penutur bukan Arab dalam situasi cabaran semasa.
3.         Meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab khususnya penguasaan kemahiran berbahasa Arab.
4.         Menambahbaik penguasaan bahasa Arab para pelajar terutamanya yang belajar bahasa Arab sebagai alat mendalami ilmu-ilmu Islam.



SKOP TEMA 
Aspek pengalaman dan cabaran dalam:
1.         Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab di IPT dan sekolah menengah.
2.         Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab untuk Tujuan Khas.
3.         Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab Berbantukan Teknologi Moden.
4.         Pengajaran Kemahiran Bahasa dan Sastera Arab.
5.         Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bahasa dan Sastera Arab
6.         Kaedah dan Pendekatan Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab.
7.         Penilaian dalam Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab.
8.         Penggunaan Bahasa Arab sebagai Pengantar di IPT dan sekolah menengah.
9.         Bahasa Arab Sebagai Asas kepada Pengajian Ilmu-ilmu Islam.
10.     Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab Dewasa.
11.     Kurikulum Bahasa dan Sastera Arab.


PEMBENTANG KERTAS KERJA
·         Ahli-ahli akademik di Universiti Malaya dan daripada IPT tempatan dan luar negara
·         Wakil jabatan-jabatan kerajaan dalam dan luar negeri;
·         Individu berminat.


TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh              : 30 Oktober 2016 (Ahad )
Masa                : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat            : APIUM Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.



BAHASA SEMINAR
Seminar ini akan menggunakan tiga Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.


PESERTA SEMINAR
Peserta seminar dijangka terdiri daripada:
  • ·         Ahli-ahli akademik luar dan dalam Negara
  • ·         Wakil-wakil Institusi Kerajaan dan Swasta
  • ·         Mahasiswa/i UM, UKM dan PNU
  • ·         Mahasiswa/i luar negara
  • ·         Penuntut-penuntut sekolah menengah dan sekolah Arab
  • ·         Individu yang berminat


YURAN PENYERTAAN

KATEGORI
YURAN
LUAR NEGERI
TEMPATAN
PEMBENTANG
TENAGA AKADEMIK
USD 100
RM 250
NON-AKADEMIK
USD 100
RM 200
PASCA IJAZAH
USD 50
RM 50

KATEGORI
YURAN
LUAR NEGERI
TEMPATAN
PESERTA
-    WAKIL JABATAN
-    INSTITUSI KERJAAAN
-    SEKTOR SWASTA
USD 50
RM 150
INDIVIDU/PERSENDIRIAN
USD 50
RM 100
PELAJAR
USD 50
RM 50


TARIKH-TARIKH PENTING

Tarikh akhir penyerahan abstrak                     : 9 September 2016
Tarikh akhir penyerahan kertas kerja              : 30 September 2016
Tarikh akhir pembayaran pendaftaran             : 8 Oktober 2016


PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
1. Dr. Mohd Alwee bin Yusoff
    alwie@um.edu.my
    013-9822484

2. En. Nor Hazrul bin Mohd Salleh
    hazrul@um.edu.my
    013-9218119