Selamat datang ke blog rasmi Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab Kepada Penutur Bukan Arab 2016 | Welcome to the official blog for International Conference of Teaching Arabic Language and Literature To Non-Arabic Speakers 2016 | اهلا وسهلا إلى موقع الإلكتروني للندوة العالمية لتعليم اللغة العربية وآدابها للناطقين بغيرها 2016Get this Widget

Isnin, 6 Jun 2016

IConTALL 2016 - Muqaddimah


[Dikemaskini pada : 10 Oktober 2016]



MUKADDIMAH

Seminar IConTALL 2016 ini merupakan rentetan daripada penganjuran seminar terdahulu (2010). Seminar antarabangsa yang terdahulu telah berjaya mencapai objektif dan matlamat yang telah digariskan, malah melangkaui jangkaan awal terutamanya dari segi penyertaan pembentang dari dalam negeri dan luar Negara. Seminar kali ini dianjurkan bersama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia dan Princess of Naradivas University (PNU), Thailand.

Seminar IConTALL 2016 yang bertemakan “Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab kepada Penutur Bukan Arab: Pengalaman & Cabaran” mempunyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri berdasarkan perkembangan yang telah berlaku dalam alam pendidikan masa kini, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab kepada penutur bukan Arab.

Kejayaan proses pengajaran & pembelajaran bahasa Arab kepada penutur bukan Arab bergantung kepada beberapa perkara yang utama seperti kurikulum, kaedah, pendekatan, persekitaran dan berbagai faktor luar. Pengalaman dan pencapaian pelbagai pihak seharusnya dikongsi dalam seminar seperti ini.
                
            Keperluan inilah yang mendorong seminar pada kali ini diadakan dengan mengambil kira perjalanan serta pengalaman institusi pendidikan terutamanya universiti yang sudah lama. Semoga penganjuran seminar ini akan memberikan tasawwur dan suntikan semangat serta inspirasi dan bekalan yang bermanfaat kepada setiap individu atau institusi yang mengambil berat tentang pengajaran & pembelajaran bahasa Arab.       


TEMA

“Pengajaran Bahasa Arab kepada Penutur Bukan Arab: Pengalaman & Cabaran”
"تعليم اللغة العربية وآدابها للناطقين بغيرها: خبرات وتحديات"
Teaching Arabic Language and Literature to Non-Arabic Speakers: Experiences & Challenges



OBJEKTIF

1.         Mengumpulkan pengalaman para ahli akademik yang terlibat secara langsung dalam bidang pengajaran bahasa Arab.
2.         Mempraktikkan kaedah dan pendekatan yang sesuai dan efektif dalam pengajaran bahasa Arab kepada penutur bukan Arab dalam situasi cabaran semasa.
3.         Meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab khususnya penguasaan kemahiran berbahasa Arab.
4.         Menambahbaik penguasaan bahasa Arab para pelajar terutamanya yang belajar bahasa Arab sebagai alat mendalami ilmu-ilmu Islam.



SKOP TEMA 
Aspek pengalaman dan cabaran dalam:
1.         Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab di IPT dan sekolah menengah.
2.         Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab untuk Tujuan Khas.
3.         Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab Berbantukan Teknologi Moden.
4.         Pengajaran Kemahiran Bahasa dan Sastera Arab.
5.         Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bahasa dan Sastera Arab
6.         Kaedah dan Pendekatan Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab.
7.         Penilaian dalam Pengajaran Bahasa dan Sastera Arab.
8.         Penggunaan Bahasa Arab sebagai Pengantar di IPT dan sekolah menengah.
9.         Bahasa Arab Sebagai Asas kepada Pengajian Ilmu-ilmu Islam.
10.     Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab Dewasa.
11.     Kurikulum Bahasa dan Sastera Arab.


PEMBENTANG KERTAS KERJA
·         Ahli-ahli akademik di Universiti Malaya dan daripada IPT tempatan dan luar negara
·         Wakil jabatan-jabatan kerajaan dalam dan luar negeri;
·         Individu berminat.


TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh              : 30 Oktober 2016 (Ahad )
Masa                : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat            : APIUM Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.



BAHASA SEMINAR
Seminar ini akan menggunakan tiga Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.


PESERTA SEMINAR
Peserta seminar dijangka terdiri daripada:
  • ·         Ahli-ahli akademik luar dan dalam Negara
  • ·         Wakil-wakil Institusi Kerajaan dan Swasta
  • ·         Mahasiswa/i UM, UKM dan PNU
  • ·         Mahasiswa/i luar negara
  • ·         Penuntut-penuntut sekolah menengah dan sekolah Arab
  • ·         Individu yang berminat


YURAN PENYERTAAN

KATEGORI
YURAN
LUAR NEGERI
TEMPATAN
PEMBENTANG
TENAGA AKADEMIK
USD 100
RM 250
NON-AKADEMIK
USD 100
RM 200
PASCA IJAZAH
USD 50
RM 50

KATEGORI
YURAN
LUAR NEGERI
TEMPATAN
PESERTA
-    WAKIL JABATAN
-    INSTITUSI KERJAAAN
-    SEKTOR SWASTA
USD 50
RM 150
INDIVIDU/PERSENDIRIAN
USD 50
RM 100
PELAJAR
USD 50
RM 50


TARIKH-TARIKH PENTING

Tarikh akhir penyerahan abstrak                     : 9 September 2016
Tarikh akhir penyerahan kertas kerja              : 30 September 2016
Tarikh akhir pembayaran pendaftaran             : 8 Oktober 2016


PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
1. Dr. Mohd Alwee bin Yusoff
    alwie@um.edu.my
    013-9822484

2. En. Nor Hazrul bin Mohd Salleh
    hazrul@um.edu.my
    013-9218119

4 ulasan:

  1. salaam, apakah yang dimaksudkan dengan yuran luar negeri? adakah ia bermaksud luar negara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Ya encik, yuran luar negeri bermaksud luar negara.

      Terima kasih.

      Padam
  2. Assalamualaikum Us Hazrul
    Ana ada email kertas kajian penuh bertajuk PPembelajaran Bahasa Arab Menggunakan Kaedah Pola : Satu Inovasi Dalam PdP. Boleh terima lagi x untuk dibentangkan dalam seminar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Dr, Ustaz Hazrul dh terima kertas kajian penuh Dr n dh dimasukkan dalam senarai kertas pembentangan.

      Padam